Wednesday, 6 August 2014

Episod 2 - Pengembaraan Bersama Datuk

Korang pernah baca novel popular Tamar Jalis? (Siri Bercakap Dengan Jin). Aku cukup minat dengan cerita tersebut. Aku mempercayai cerita SBDJ ni,  kerana pengalaman penulis hampir sama dengan pengalamanku bersama datuk. Cuma cerita Tamar Jalis tu cerita benar... manakala cerita aku ni, ada ler tokok tambah sikit... Biasalah, dah pun namanya cerita.... Bagi aku, korang nak percaya, percayalah... Kalau tak percaya pun, lantak korang lah... Apa yang penting, semoga korang terhibur dengan cerita aku ni....Okey... Selamat membaca.... OOooopps... Sebelum membaca tu, pandang kiri, kanan, depan, belakang, atas dan bawah... takut ada benda yang join korang membaca..hehehe...

Aku masih ingat lagi waktu aku berusia lapan tahun (1973) aku dalam darjah dua (cuti sekolah penggal ke tiga), aku mengikuti datukku ke  Tanjung Keliling untuk mengambil daun nipah untuk dijual (sebagai atap rumah). Tanjung Keliling terletak di hulu sungai kecil Sungai Benut. Pergi ke Tanjung Keliling semestinya menaiki perahu waktu air pasang. Ini bagi memudahkan pergerakan perahu. Kami pergi berdua setelah sarapan pagi dengan ubi kayu rebus. Dan berbekalkan ubi rebus dan ikan kering puyu bakar, kami meredah sungai tersebut ditengah kegelapan kabus.
 
Aku duduk dihadapan perahu manakala datuk mengayuh perahu sambil menghisap rokok daun. Waktu melalui sungai tersebut, suasana begitu sepi sekali (kalau bunyi kentut perlahan pun boleh dengar..). Sesekali terdengar kocakan air  ikan temakul di tebing sungai. Perjalanan ke Tanjung Keliling akan mengambil masa lebih kurang tiga jam. Sewaktu pertengahan perjalanan, aku terlihat sebuah kampung disebelah kanan. Waktu itu agak cerah. Aku dapat melihat dengan jelas suasana yang agak sibuk dengan orang-orang kampung membasuh pakaian di tepi sungai, menambat perahu, menjala ikan dan lain-lain aktiviti harian.
  
Aku menoleh kepada datuk, ingin menanyakan nama kampong tersebut. Tapi, aku lihat datuk hanya memandang kehadapan dan terus berkayuh dengan tenang ( atau dalam istilah orang sekarang "buat dek jer..). Datuk seolah-olah tidak ambil peduli dengan masyarakat kampong tersebut. Ketika perahu kami betul-betul melalui hadapan kampong tersebut, aku lihat orang-orang perempuan yang sedang membasuh pakaian tersenyum memandangku. Aku melihat datuk sekali lagi. Datuk masih tidak ambil peduli....

Aku menoleh semula kepada perempuan-perempuan itu. Mereka masih tersenyum, malah salah seorang daripada mereka melambai-lambai tangan seolah-olah mahu kami singgah dahulu. Disebelah perempuan tersebut aku melihat dua orang lelaki sedang leka "menanggam" perahu yang bocor. Sepanjang melalui kampung tersebut aku melihat masyarakatnya sentiasa tersenyum, bergotong-royong, memakai pakaian melayu (berbaju kurung). Aku ternampak juga budak-budak kecil sedang memancing menggunakan buluh joran.

Kami melalui kampung tersebut hampir 200 meter, sehinggalah sayup-sayup kami meninggalkannya. Aku menoleh kebelakang sekali lagi, seakan tidak puas menatap kecantikan perempuan yang melambaikan tangan tadi. Tetapi kali ini datuk menegurku,

"Sudah lah tu Ucu... nanti balik kita singgah...."

Hatiku lega, sebenarnya datuk pun tahu akan kewujudan kampung itu... Dan hati ini tidak sabar untuk balik......Aku perhatikan sekali lagi kampung tersebut. Dari jauh aku "menandai" pohon ketapang bercabang di tepi jeti sebagai tanda kampung tersebut.

Setibanya di Tanjung Keliling, datuk menambat perahu di tebing. Aku membantu datuk membawa perkakas apa yang patut. Kami menuju ke pondok yang memang datuk telah buat dahulu. Aku membersihkan sekitar kawasan pondok sambil datuk menghidupkan api untuk memasak air. Air kami ambil dari tasik tersebut. Sungguh jernih. Sesudah itu kami makan ubi kayu sebagai pengalas perut.

Matahari sudah hampir tegak di atas kepala. Datuk sibuk mengikat daun nipah. Aku pula membawa daun nipah yang sudah diikat kedalam perahu. Mengikut perkiraanku, hampir  dua puluh ikatan semuanya. Ruang perahu hampir penuh. Cuma tinggal ruangan kosong di hadapan untukku dan ruangan kosong di belakang untuk datuk.

"kita mandi dulu, lepas solat zohor kita balik" Datuk berkata kepadaku...





Sungai Benut gambar terkini. Menyusur ke hulu boleh sampai ke Tanjung Keliling
 
 



Perahu tersebut sama seperti milik datuk
 
 


Daun nipah yang belum di sisir

No comments:

Post a Comment