Episod 1 - Pengenalan
Aku dilahirkan disebuah kampung kecil di daerah Pontian Johor pada tahun 1965. Tempat kelahiranku itu bernama Parit Hj. Kassan Sanglang Ayer Baloi ( daerah Pontian hingga ke Batu pahat, Simpang Renggam hingga ke Muar, kebanyakkan nama-nama kampong bermula dengan "parit" ) . Aku anak ke tujuh dari lapan adik-beradik. Aku anak lelaki bungsu. Aku di panggil Ucu.
Aku dibesarkan oleh datuk sebelah ibu pada usia seawal tujuh tahun disebuah kampung lain di pekan Benut. Manakala nenekku pula adalah nenek tiri. Nenek sebelah ibu telah meninggal sebelum aku dilahirkan. Datuk telah membela kami lima beradik atas sebab ibu bapaku merantau di Singapura bagi memperbaiki keadaan ekonomi. Kami orang susah. Datukku juga orang susah. Bekerja sendiri. Menjala ikan, mencari daun nipah untuk dibuat atap, mengali parit dan lain-lain pekerjaan halal demi sesuap nasi untuk cucu-cucunya. Kehidupan kami masa itu amat susah. Sentiasa dalam kelaparan. Banyak sekali pengalaman-pengalaman yang aku dapat semasa kecil dibawah jagaan datuk yang akan aku ceritakan nanti.
Aku tinggal bersama datuk dengan kakak-kakakku. Abangku yang sulung bersama kakakku yang pertama dibawa oleh ibubapaku duduk di Singapura. Adikku belum dilahirkan lagi. Kakak-kakakku inilah yang telah banyak mengalah dengan perangaiku baik dari segi apapun. Kalau waktu makan nasi, selalunya nasi aku akan dilebihkan. Sebenarnya nasi itu sedikit tapi ubinya yang banyak. Manakala lauknya ikan puyu masin yang dibuat sendiri oleh nenek, bersama batang keladi atau pucuk paku pakis masak asam rebus cair. Ya Allah... betapa nikmatnya makan pada waktu itu. Makan pastinya tidak bertambah... dan yang pasti satu hari, adakalanya satu kali...hu hu hu...
Melihat kartun ini, teringat aku seperti waktu dahulu

No comments:
Post a Comment