Episod 12 - Siapakah suara misteri itu ?
Pagi itu datuk awal-awal lagi telah pergi menjala udang di Sungai Benut. Dia tidak mengajakku kerana mungkin dia rasa yang aku akan mengikut Along dan Poksu kemana-mana hari itu. Memang betul telahan datuk. Selepas sarapan lempeng bersama sambal tumis yang dimasak Kak Uda, Along dan Poksu mengajakku menangkap ayam hutan di kebun belakang rumah datuk.
Lempeng sambal tumis - Meleleh air liurrrrr
Kebun di belakang rumah datuk seluas enam ekar itu ditanam dengan pokok-pokok kelapa, rambutan, duku dan sedikit manggis. Menuju kebelakang kebun itu, kami terpaksa mengharungi semak samun dan kayu-kayu hutan. Datuk tidak larat untuk membersihkan kebun seluas itu sendirian. Oleh itu, semasa meredah kebun yang bersemak itu, terpaksalah Poksu dan Along menebas laluan bagi memudahkan perjalanan kami.
Setibanya kami di anak sungai ( parit sempadan sebenarnya ), kami berhenti apabila terdengar kokokkan ayam hutan bersahutan.
" Long, kau pasang jerat dekat tepi tunggul kelapa tu... buat tiga jerat selang lima depa.." Poksu memberi arahan kepada Along.
Aku mengikut Along manakala Poksu pergi kearah bertententang kami.
"Nanti kita datang semula kesini.." Jerit Poksu perlahan.
Kami sampai ditunggul kelapa. Along membersihkan sedikit kawasan tersebut, sementara itu aku memotong kayu-kayu hutan disekitar kawasan itu untuk membuat peralatan jerat. Kemudian Along memilih anak pokok kayu hutan yang berhampiran untuk membuat batang jerat. Ditariknya dahan pokok kayu itu hingga melentur. Kemudian Along memasang pelantik. Dengan tali nylon kecil, dibuatnya jerat lalu dipasang pada laluan ayam hutan. Aku memerhatikan sahaja macam mandur pencen. Along menguji jerat ayam hutan. Di letakkan kayu pendek pada pelantik. Secepat kilat tali nylon menyambar kayu pendek tersebut. Aku melopong terkagum dengan kepakaran Along.
"Cepat.. ambil daun kering.. tutup pelantik.. " Along memberi arahan kepadaku.
Aku mengikut arahan Along. Selepas itu kami memasang perangkap kedua, ketiga dan keempat selang lima depa. Setelah selesai memasang jerat, kami pergi semula tempat yang awal tadi untuk menunggu Poksu, tetapi Poksu masih belum kelihatan.
Tiba-tiba kami terdengar bunyi seolah-olah ranting dipijak sesuatu. Secara spontan kami menoleh kebelakang. Apa yang kami nampak ialah ada bayangan seseorang di balik pokok manggis sedang mengendap kami.
"Buat apa tu bang....." Terdengar suara manja seorang perempuan di sebalik pokok manggis.
Suara itu persis sama dengan suara perempuan yang memanggil kami senja semalam. Aku memandang Along. Aku lihat tangan dan kaki Along menggigil. Aku seakan mahu melompat naik kebadan Along. Perempuan tadi keluar dari belakang pokok manggis. Rambutnya yang kusut mengerbang panjang, berbaju putih dicemari tanah berlari menuju kearah kami sambil ketawa mengilai panjang. Kedua belah tangannya seakan mengepak-mengepak. Kali ini aku betul-betul melompat menerkam kearah Along yang aku rasa telah bersedia hendak membuat larian pecut dua ratus meter. Akhirnya kami berdua jatuh tergolek macam nangka busuk. Kami pasrah, dan perempuan hodoh itu telah hampir benar hendak menerkam kami. Aku memejamkan mata menanti kuku dan taring perempuan itu menghisap darah dileherku..... Datuk......tolong ucu......aku menjerit tanpa suara.....
"Cepat.. ambil daun kering.. tutup pelantik.. " Along memberi arahan kepadaku.
Aku mengikut arahan Along. Selepas itu kami memasang perangkap kedua, ketiga dan keempat selang lima depa. Setelah selesai memasang jerat, kami pergi semula tempat yang awal tadi untuk menunggu Poksu, tetapi Poksu masih belum kelihatan.
Jerat ayam hutan tanpa denak
Matahari sudah mula menampakkan sinarannya dibawah celahan daun kayu hutan, namun Poksu masih belum kelihatan juga. Along mengeluarkan bekalan air yang dibawanya. Dia menuangkan air di penutup minuman dan diberikan kepada aku. Aku mengambil air sambil melihat wajahnya. Ada kerisauan diwajah Along. Mungkin dia risau menunggu Poksu yang masih tidak kelihatan atau dia takut tinggal berdua dengan ku di kebun yang teramat sunyi itu.Tiba-tiba kami terdengar bunyi seolah-olah ranting dipijak sesuatu. Secara spontan kami menoleh kebelakang. Apa yang kami nampak ialah ada bayangan seseorang di balik pokok manggis sedang mengendap kami.
"Buat apa tu bang....." Terdengar suara manja seorang perempuan di sebalik pokok manggis.
Suara itu persis sama dengan suara perempuan yang memanggil kami senja semalam. Aku memandang Along. Aku lihat tangan dan kaki Along menggigil. Aku seakan mahu melompat naik kebadan Along. Perempuan tadi keluar dari belakang pokok manggis. Rambutnya yang kusut mengerbang panjang, berbaju putih dicemari tanah berlari menuju kearah kami sambil ketawa mengilai panjang. Kedua belah tangannya seakan mengepak-mengepak. Kali ini aku betul-betul melompat menerkam kearah Along yang aku rasa telah bersedia hendak membuat larian pecut dua ratus meter. Akhirnya kami berdua jatuh tergolek macam nangka busuk. Kami pasrah, dan perempuan hodoh itu telah hampir benar hendak menerkam kami. Aku memejamkan mata menanti kuku dan taring perempuan itu menghisap darah dileherku..... Datuk......tolong ucu......aku menjerit tanpa suara.....


No comments:
Post a Comment