Episod 14 - Nenek Lampir di kebun
Esoknya Along memberitahu datuk yang dia hendak ke kebun abah di Sanglang ( kami memanggil bapa dengan panggilan abah ). Dia bercadang hendak pergi bersama Poksu. Along memberitahu datuk yang abah ada pesan kepada Along supaya melihat kebunnya jika balik kampong. Datuk mengangguk sambil memandang kepadaku. Aku tahu, datuk seakan menyuruh aku mengikut sama. Ini adalah kerana orang-orang kampong di Sanglang lebih kenal aku berbanding Poksu atau Along sebab aku selalu menemani datuk ke Sanglang ( ke rumah kawan-kawannya ).
" Bawa Ucu sekali.." Kata datuk kepada Along.
" Kita balik esok tuk.. nak bermalam di pondok.." Balas Along.
" Berani ke Along ? " Sampuk Uteh yang sedari tadi asyik mengorek lombong di hidungnya.
" Kenapa ? Ingat kita ni penakut ke?? " Along menjawab terasa tercabar.
" Sudah.. jangan nak bertengkar.. Kalau takut, balik rumah.." Kata datuk sambil bangun menuju ke anjung rumah.
Setelah bersiap, pagi itu aku, Poksu dan Along bertolak ke kebun Sanglang menaiki basikal kargo kesayangan datuk. Seperti biasa aku menjadi "beruk" (duduk dipalang hadapan). Untuk pergi ke Sanglang dari pekan Benut, kami terpaksa melalui beberapa buah kampong. Pertama kami melalui kampong Sungai Pinggan, kemudian Parit Asam Kumbang, kemudian Parit Marjunid, kemudian Parit Tengah, kemudian Parit Gantung kemudian barulah kami sampai ke pekan Sanglang. Perjalanan mengambil masa hampir dua jam. Di pekan Sanglang, kami singgah sebentar ke kedai makan untuk membeli roti canai sebagai bekalan makan di kebun.
Dari pekan Sanglang kami menuju kekebun melalui Kampung Parit Kassan. Kali ini Along yang membawanya manakala Poksu duduk dibelakang dan aku masih lagi menjadi "beruk". Laluan ke Parit Kassan agak sempit. Kami terpaksa menyusuri tebing parit kecil. Adakalanya basikal kami tergelincir dan hampir kami semua masuk dalam parit. Mujur juga Along pandai mengawal basikal ( Along lebing tinggi daripada Poksu ). Kampung Parit Kassan di beri nama sempena tanah yang dimiliki oleh Haji Kassan ( orang kaya Sanglang ) terlalu luas.
Setelah satu jam perjalanan, kami sampai dikebun yang terletak di tepi jalan Parit Kassan. Along membelokkan basikal dan terus menuju ke pondok. Kalau di lihat pondok tanpa dinding dan hanya beratap rembia, tak sanggup rasanya aku nak bermalam disitu. Along meletak basikal di tepi pondok. Poksu mengumpul ranting-ranting kayu lalu di buat unggun api untuk menghalau nyamuk. Along naik ke pondok lalu dibersihkan lantai pondok yang dipenuhi daun-daun kering. Aku pula memerhati pokok-pokok duku, durian, manggis dan petai disekitar pondok. Kebun bapaku mempunyai keluasan dua ekar setengah. Aku lihat hanya pokok duku yang berbunga, tetapi petai sudah berbuah dan rasanya boleh diambil.
"Mari pekena roti canai.." Along berkata sambil membuka bungkusan roti canai.
Sungguh enak makan roti canai di dalam kebun. Setelah makan, Along mengambil parang panjang dan menebas semak samun di kebun manakala Poksu mengajak aku mengambil petai. Poksu memang handal memanjat pokok. Pokok petai yang tinggi itu boleh dipanjatnya dan dengan pantas dia memulas tangkai petai. Aku rasa beruk pun kalah dengan Poksu. Setelah dapat hampir seratus tangkai, Poksu pun turun dan mengajak aku menggali ubi cambah ( ubi yang tumbuh liar )untuk dibuat makan malam. Petang itu kami mandi bergodak ( tak tahu apa maknanya ) di parit di dalam kebun. Air nya jernih dan sejuk sekali.
Menjelang Maghrib, Poksu menambah ranting kayu di unggun api. Selesai solat Maghrib, kami makan ubi bakar bersama kopi ( sedapnya terasa sehingga sekarang ). Setelah solat Isyak, kami pun baring untuk tidur dipondok yang terlapang kiri, kanan, depan , belakang. Waktu aku baring, baru aku perasan yang tidak ada seorang manusia pun aku jumpa selain Poksu dan Along samaada di kebun atau ditepi jalan. Aku toleh kekiri, aku lihat Along dengan tangan menutup dahi sedang merenung atap pondok. Aku tak boleh meneka apa yang bermain difikiran Along. Aku toleh kekanan. Aku lihat Poksu pun sedang merenung atap pondok. Kalau Poksu, aku boleh meneka apa yang sedang merewang dalam fikirannya. Tentu Poksu dan Mardiana sedang berada di puncak Himalaya...
Malam itu aku tak boleh tidur. Gangguan nyamuk kebun cukup menyeksakan. Itu belum lagi dengan bunyi burung hantu yang menakutkan. Yang menghairankan aku, macam mana Poksu dan Along boleh berlawan berdengkur. Sesekali aku memandang unggun api yang hanya tinggal bara dan asap. Sesekali itu juga aku lihat kelibat binatang se akan musang. Lewat dinihari baru aku dapat melelapkan mata.
Aku terjaga bila terdengar kokok ayam kampong. Cahaya matahari subuh gajah (lewat subuh) sudah mula kelihatan. Aku terperanjat bila melihat Along dan Poksu sudah tiada disisi. Basikal datuk pun tiada. Mesti mereka ke pekan Sanglang membeli sarapan. Aku bangun untuk solat Subuh. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan kehadiran seorang perempuan tua bongkok berselubung, bertongkat dengan memegang sesuatu ditangan tercongok dihadapanku. Perempuan tua itu menghulurkan sesuatu ditangannya kepadaku.
" Nah... lempeng pisang..." Perempuan tua itu meletakkan apa yang dikatakan lempeng pisang itu di atas lantai pondok apabila aku tidak menyambut pemberiannya. Kemudian dia berlalu pergi.
Mulut aku masih terlopong. Terperanjat menatapi wajah bagai nenek lampir sebentar tadi.... Entah kenapa diri ini selalu diduga dengan perkara-perkara yang menakutkan. Aku melihat lempeng pisang pemberian "nenek lampir" itu tadi. Masih berasap panas dan di balut dengan daun pisang. Segera aku turun dari pondok untuk ke parit berdekatan dengan tujuan mengambil wudhuk. Aku wajib solat subuh dahulu sebelum waktu luput.
Setelah selesai solat Subuh, aku membuka balutan daun pisang. Memang benar. Lempeng pisang. Bau aroma lempeng pisang bakar menerpa kehidungku. Alangkah enaknya bau lempeng pisang tersebut tambahan pula masih panas. Aku ingin menjamahnya, tapi lebih baik aku tunggu Poksu dan Along terlebih dahulu. Aku membungkus semula lempeng pisang itu. Timbul juga persoalan. Apakata sekejap lagi lempeng pisang itu bertukar menjadi tanah. Tiba-tiba bulu tengkukku meremang.
Poksu dan Along tiba di pondok waktu sudah agak cerah. Di tangan Poksu terdapat bungkusan roti canai dan dua tin (pot susu) air teh.
"Apa benda tu ? " Tanya Poksu melihat bungkusan daun pisang.
" Mmm... pagi tadi, ada nenek beri lempeng pisang.." Jawabku tersekat-sekat.
" Nenek tua ? Ucu biar betul..." Tanya Along macam tak percaya.
" Betul lah... lempeng pisang bakar... sedap ni.." Poksu berkata sambil terus menyuapkan lempeng pisang bakar itu kemulutnya. Poksu memang terkenal dengan sifat gelojohnya.
Apabila melihat Poksu menyantap, kami pun tak tunggu lagi. Setelah kenyang bersarapan lempeng pisang bakar dan roti canai, kami pun berkemas untuk pulang kerumah.
" Ucu, asingkan petai dalam sepuluh papan... beri pada nenek tadi.. " Poksu memberi arahan.
" Mana Ucu tahu rumah dia .. " Jawabku sambil tetap mengasingkan petai sepuluh papan.
" Nanti kita pergi belakang kebun.. mungkin rumahnya ada dekat-dekat sini.." Poksu berkata dengan penuh yakin.
Sebelum bertolak balik, aku, Poksu dan Along menyusur kebelakang kebun. Setibanya di sempadan, memang benar terdapat sebuah rumah disitu. Sebuah rumah yang agak usang. Kami serba salah samada hendak pergi atau tidak. Akhirnya Poksu memberanikan diri memberi salam.
" Assalamu' alaikum..... " Kata Poksu. Tiada jawapan..
" Assalamu'alaikum..... " Poksu memberi salam lagi. Kali ini agak kuat sedikit.
" Wa'alaikum salam... " Kedengaran suara perempuan menjawab salam Poksu. Hati kami berdebar-debar mendengar bunyi lantai rumah dipijak dan mendengar pintu berkeriut dibuka.
Bila pintu di buka sahaja, betul-betul kami terperanjat...
" MARDIANA ??? " Kami berkata serentak.... dan mulut kami terlopong, tapi mulut Poksu lebih luas lagi kerterlopongannya...
Di belakang Mardiana yang cantik itu, berdiri nenek lampir yang bongkok sambil tersengih memandang kami dengan sentil tembakau dibibirnya...

Nenek Lampir yang menggoda
Lempeng Pisang Bakar
Rumah usang dibelakang kebun
TAMAT
( Bersambung di Musim Kedua )