Episod 13 - Misteri Terungkai
"PAP!! PAP!!..."
Badanku terasa ditampar dari belakang. Aku masih memejamkan mata sambil tanganku memeluk tubuh. Aku berada dalam keadaan meniarap di dalam semak samun.
"Abang... hii..hii.. bangun lah..." Suara perempuan mengilai masih kedengaran lagi sambil tangannya menepuk-nepuk belakangku.
Aku memberanikan diri. Dengan badanku yang menggigil, perlahan-lahan aku membuka mata.
"Mana Along?" Mataku melilau mancari Along. Jelas sekali Along sudah menghilangkan diri. Bercupak-cupak aku menyumpah abangku yang tergamak meninggalkan aku bersama puntianak. Sekali lagi aku memberanikan diri memandang kebelakang. Aku tiada pilihan lain. Apa nak jadi, jadilah. Aku lihat "puntianak" tadi sedang duduk bersila mengadapku. Kali ini aku dengan jelas sekali dapat menatap wajah "puntianak" secara langsung.
Wajahnya sebenarnya putih tapi comot. Rambutnya masih berselerak. Bajunya putih, tetapi terdapat kotoran tanah yang melekat. Kakinya....bukan sahaja jejak kebumi sambil bersila....tetapi...
" Pakai selipar??" bisik hatiku kehairanan..
"Kenapa abang awak lari meninggalkan awak?" "Puntianak" itu bertanya kepadaku dengan tenungan yang tidak berkerlip sambil tangannya mengusap rambutnya yang mengerbang berselerakan.
Aku hanya mendiamkan diri. Masih terpaku melihat "puntianak" itu. Kemudian dia bangun dan menghulurkan tangannya kepadaku. Aku membalas huluran tangannya untuk menarikku supaya dapat berdiri kembali. "Puntianak" itu memusingkan badannya untuk berlalu pergi.
"Siapa awak?" Aku memberanikan diri sekali lagi untuk bertanya.
Puntianak itu berhenti melangkah. Aku bersiap sedia untuk lari jika dia datang menerkam.
"Mardiana..." Jawabnya lagi sambil mengilai dan berlari pergi menyusup di celahan pohon-pohon senuduk.
Aku terkebil-kebil sambil memerhatikan Mardiana sayup-sayup hilang dari pandangan. Ingatanku ligat memikirkan siapa Mardiana sebenarnya. Manusia kah? Jin kah? Bunian kah? Orang gila kah? Atau perempuan yang melambaiku di Kampung Pohon Ketapang? atau dan atau dan atau? Tiba-tiba aku dikejutkan dengan kehadiran Poksu dan Along.
"Mana hantu tadi ucu?" Tanya Along.
"Hantu apa?" Soalku semula. Rasa seakan aku nak luku aje kepala Along kerana meninggalkan aku tadi.
"Apa yang berlaku sebenarnya?" Tanya Poksu kepadaku.
Aku menceritakan apa yang berlaku diantara aku dengan Mardiana. Poksu mendengar tengan penuh taat. Seperti biasa mulutnya melopong. Along meninjau-ninjau kepala melihat sekeliling jika terdapat kelibat Mardiana sekali lagi.
"OOooo... kalau Mardiana, Poksu kenal la tu..." Jelas Poksu membuatkan aku dan Along pula melopong.
"Dia satu kelas dengan Poksu masa tingkatan tiga dulu.. Anak... siapa tu.... ha, Pokda Berahim.." Kata Poksu lagi sambil menggarukan kepala cuba mengingatkan kembali nostalgia lama...
"Mardiana tu belajar sampai tingkatan tiga aje.. Lepas LCE terus berhenti.. Dengar cerita dia ada penyakit mental... tapi adakalanya dia macam biasa je... Mardiana tu cantik tu..." Poksu mula menceceh sehingga tak sedar tiga ekor nyamuk tengah kembung menghisap darah di pipinya.
" Kita balik dulu, petang karang kita tengok jerat..." Poksu mengakhiri kata-katanya.
Sebaik sahaja kami sampai kerumah, makanan tengahhari telah terhidang. Lauknya amat istimewa. Ikan duri masak asam pedas, pucuk buas masak lemak dan ikan puyu masin dibakar. Apabila kami hendak duduk, kami terpaku sebentar kerana ada tetamu. Seorang perempuan cantik. Mata kami hampir terkeluar apabila memandang perempuan cantik itu. Terutama sekali mata Poksu yang bukan sahaja terbeliak luas, malah mulutnya juga terlopong sama.
"Poksu kenal tak? Tanya Uda cepat sebelum mata Poksu benar-benar terkeluar.
"mmm... Mardiana" Uda menambah apabila melihat Poksu diam.
"Tadi dia datang sini... dia kata dia tahu Poksu balik...tu yang dia datang kemari.. kesian... tak terurus, Uda dah mandikan dan gantikan pakaiannya... " Jelas Uda lagi sambil menyeduk nasi bercampur ubi di pinggan Mardiana.
Aku lihat Poksu masih terpaku menatap kecantikan wajah Mardiana. Aku rasa Poksu dah sampai ke India. Khayal dengan filem Hindustan. Tentu Poksu sedang mengejar Mardiana di atas bukit-bukau ataupun di taman bunga. Tetapi aku tak dapat menafikan, memang Mardiana seorang gadis yang cantik rupawan. Manakala Along hanya menyeringai menampakkan gigi taringnya kepada Mardiana.
Mardiana tunduk tersipu ( rasanya masa ini dia berkeadaan normal, kalau tidak sudah tentu dia tengah mengepak berlari sambil mengilai sekeliling kampong)
"Ehemmm" Nenek berdehem memberi isyarat kepada Poksu supaya balik semula ke Malaysia.
Poksu pun terus menyuap nasi kemulut dengan muka merah padam ( menahan malu ). Manakala Mardiana masih tersenyum sambil matanya tajam merenung wajah Poksu dengan penuh makna... Siaplah kau Poksu...

Mardiana (gambar hiasan)
"Poksu" dan "Mardiana" di taman bunga.... (gambar hiasan)
ke Bukit- Bukau pulak dah.... (gambar hiasan)

No comments:
Post a Comment